Mikhail....ni novel terbaru yg aku baca dalam bulan nie...
dah lama tak beli novel..tapi bila gi 1Borneo hari tu nampak novel ni di kedai buku apalagi terus gi beli. Bukan apa di Sabah nie biasanya novel2 baru keluaran Ramlee Awang Murshid lambat sampai...macam Ungu Karmila ...lama baru aku jumpa di Etons.
hmm...aku nie almaklumlah peminat setia Ramlee Awang Murshid..
kredits tuk member lama aku kat UTM dulu Miss Mona...dialah yg menjadikan aku minat ngan En.Ramlee nie..jadi sekarang hampir semua novel2 dia aku dah ada...kecuali tiga nie...pei pan, igauan maut dan anugerah pertama. Bukannya apa, macam aku baru tau plak pasal novel2 tu tak pernah nampak plak sebelum nie...tak kisahlah...nnt akan ku cari...
ok nilah sipnosis cerita ni...best tau..mesti baca!!!!
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
0 comments:
Post a Comment