Monday, May 4, 2009

Cabaran di sekolah

Assalammualaikum....hmmm kali ni mau cerita pasal apa yg berlaku di sekolah aku minggu lepas iaitu sehari sebelum cuti Hari Buruh...Khamis lepas waktu sidang pagi tamat ada pergaduhan berlaku di luar pagar sekolah aku....rupanya ada beberapa budak sekolah dr beberapa sekolah di sekitar Inanam n Likas telah menunggu utk memukul budak sekolah kami...jadi berlaku ler pergaduhan dan seorg budak kami telah dipukul oleh segerombolan bdk dr sekolah lain yg sudah menunggu di luar pagar. Budak tu apa lagi berdarah kepalanya disepak n dipukul dgn kayu n besi...budak2 lain yg nampak plak membantu budak yg dipukul nie dgn memukul juga budak2 dr luar tersebut hingga kecoh satu sekolah sampai semua berlari2 n adegan kejar mengejar pun berlaku sampai dengar2 ke Likas.


Nak dijadikan cerita budak yg kena pukul nie takde kena mengena pun dgn org2 tersebut...bdk yg mahu dipukul kononnya sudah nampak ada org tengah tunggu dia jadi dia cabut lari ke kantin sebab berfikir bdk2 yg menunggu tu takkan masuk kawasan sekolah kerana takut. Yg jadi mangsa plak mmg kesian sebab dia kena pukul pun disebabkan bdk yg membawa rombongan memukul tu berdendam ngan org Taman Nelly. Utk pengetahuan korang bdk yg membawa geng tu sebenarnya adalah bdk sekolah kami gak yg baru berpindah dr Beaufort. Bdk ni dengarnya mmg banyak masalah dan dibuang sekolah tapi bodohnya sekolah kami nie main pakai ambik jak bdk2 jahat nie...macam tong sampah bdk2 nakal...

lagi satu bdk yg kena pukul tu habis berdarah kepalanya dan berlubang gak ler samapi kena 3 jahitan . nak dijadikan cerita budak tu bapanya polis...dan dengar2 cerita bdk yg membawa gengnya itu sudah ditahan reman selama 7 hari di penjara...padan muka dia...atas kesalahan mencederakan org dengan sengaja...kawan2 yg dia bawa hari tu pun sebenarnya bekas2 budak sekolah kami jugak....hmmm apa ler nak jadi budak2 zaman sekarang nie...susah guru-guru mau handle....

so moral of the story...sapa2 yg bercadang nak ambik KPLI ker DPLI ker....siap2 diri anda dgn mental n fizikal yg kuat utk menangani semua cabaran menjadi guru....Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di seluruh Malaysia.

0 comments: