Friday, May 29, 2009

Mikhail

Mikhail....ni novel terbaru yg aku baca dalam bulan nie...

dah lama tak beli novel..tapi bila gi 1Borneo hari tu nampak novel ni di kedai buku apalagi terus gi beli. Bukan apa di Sabah nie biasanya novel2 baru keluaran Ramlee Awang Murshid lambat sampai...macam Ungu Karmila ...lama baru aku jumpa di Etons.

hmm...aku nie almaklumlah peminat setia Ramlee Awang Murshid..
kredits tuk member lama aku kat UTM dulu Miss Mona...dialah yg menjadikan aku minat ngan En.Ramlee nie..jadi sekarang hampir semua novel2 dia aku dah ada...kecuali tiga nie...pei pan, igauan maut dan anugerah pertama. Bukannya apa, macam aku baru tau plak pasal novel2 tu tak pernah nampak plak sebelum nie...tak kisahlah...nnt akan ku cari...

ok nilah sipnosis cerita ni...best tau..mesti baca!!!!
MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

Monday, May 25, 2009

PTK Aras 4

heheheh....

sebenarnya minggu lepas lagi dah tau keputusan PTK yg aku ambil bulan 3 lepas...
n keputusannya aku dapat Aras 4 dah....
so pas ni tak payah dah pikir PTK lagi buat masa ini...tahun depan baru pikir lagi...tu pun tuk PTK2
tapi anjakan gajinya tahun depan baru boleh dapat...
tak kisahlah...asalkan ada ....nnt dapatlah tunggakan tuk setahun yeh...

hari ni dapat tau seorang kawan kami akan pindah balik ke semenanjung...
dia pindah sebab husband dah kena pindah balik sana so dia kena ikutlah...
sedih gaklah...hilang lagi seorg kawan...( ustz.Zailani) n sorg lagi kawan yg baru kenal gak akhir tahun lepas (Jessica) jugak akan bercuti tanpa gaji mengikut husbandnya ke Australia selama 2 tahun 1/2. cutinya akan start bulan Jun ni...sedih-sedih banyak kawan yg akan hilang....

aku pun rasanya akan try minta tukar sekolah hujung tahun nie...
sebab kalau rumah aku di Kinarut tu siap , aku akan pindah ke sana...kalau aku tak pindah sekolah,  jauh beb sekolah sekrg ngan Kinarut maunya 30-45 minit perjalanan...pagi2 lagi jalan jam...tapi tak taulah dapat ke tidak...sekolah sekarang nie pun syok gak...sayang gak nak tinggalkan...so kita tengoklah nnt macam manakan...


Friday, May 15, 2009

Happy Teacher's Day

To all my friends yg jadi cikgu atau teacher to be...wiss u all 

Happy Teacher's Day...
terimalah sajak ini untuk menaikkan semangat kita sebagai seorang guru walau bagaimana sukarnya tugas2 seharian kita mendidik anak bangsa....

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 

Sunday, May 10, 2009

Buah apa ini????


ni lah yg dikatakan buah Longan Afrika

ni plak benih pokoknyer...RM15

hehehe...macam mau tiru blog si LC plak...
ndak pa bah kan C....
kamu tau.... aku pun ada mau bagitau kamu ni pasal satu buah yg aku pun blum pernah makan n lihat sebelum nie lah...tapi sekali aku balik rumah MIL aku di Benoni, org di sana sibuk mau tanam buah Longan Afrika kunun namanya...ok kamu tgolah nie buah  lain kan dr buah longan yg pernah kita tengok sebelum ini. Saiznya pun besar lagi...sebenarnya buah nie belum masak tapi sudah tualah jadi boleh sudah petik n makan...kalau sudah masak konon warnanya sama gak dgn longan biasa tu...warna coklat....pokoknya baru ada satu di Benoni di tanam oleh bapa saudara husband aku...jd kunun semua org di Benoni jakun tengok tu buah apalagi rasa yg manis dan saiznya yg besar maka  belum tu buah masak sudah drg pi petik...jadi oleh kerana permintaan yg banyak maka bapa saudara husband aku pun membenihkan pokok tu dan dia jual dgn org kampung dgn harga RM15 sepokok benih. Kata pak cik tu pokok nie mengambil masa selama 4 tahun utk kita dpt hasilnya...jadi my MIL pun turut serta menanam pokok nie di belakang rumah dia...jadi dalam masa 4 tahun lagi kita tunggu ler hasilnya ya kawan-kawan....

Happy Mother's Day......

This is my mum and MIL


To my mum, my MIL and all my friends.....
Happy Mother's Day

Friday, May 8, 2009

Buhsan...sunyi...sepi...

hmm....malam yg sungguh membosankan...

hubby ada klas malam kursus microsoft...
start bulan 5 nie sampai oktober hubby ada klas malam dr jam 6-9 p.m setiap hari Isnin, Rabu n Jumaat...tinggallah aku sorang kat rumah...
hmmm buhsannyer...

Monday, May 4, 2009

Cabaran di sekolah

Assalammualaikum....hmmm kali ni mau cerita pasal apa yg berlaku di sekolah aku minggu lepas iaitu sehari sebelum cuti Hari Buruh...Khamis lepas waktu sidang pagi tamat ada pergaduhan berlaku di luar pagar sekolah aku....rupanya ada beberapa budak sekolah dr beberapa sekolah di sekitar Inanam n Likas telah menunggu utk memukul budak sekolah kami...jadi berlaku ler pergaduhan dan seorg budak kami telah dipukul oleh segerombolan bdk dr sekolah lain yg sudah menunggu di luar pagar. Budak tu apa lagi berdarah kepalanya disepak n dipukul dgn kayu n besi...budak2 lain yg nampak plak membantu budak yg dipukul nie dgn memukul juga budak2 dr luar tersebut hingga kecoh satu sekolah sampai semua berlari2 n adegan kejar mengejar pun berlaku sampai dengar2 ke Likas.


Nak dijadikan cerita budak yg kena pukul nie takde kena mengena pun dgn org2 tersebut...bdk yg mahu dipukul kononnya sudah nampak ada org tengah tunggu dia jadi dia cabut lari ke kantin sebab berfikir bdk2 yg menunggu tu takkan masuk kawasan sekolah kerana takut. Yg jadi mangsa plak mmg kesian sebab dia kena pukul pun disebabkan bdk yg membawa rombongan memukul tu berdendam ngan org Taman Nelly. Utk pengetahuan korang bdk yg membawa geng tu sebenarnya adalah bdk sekolah kami gak yg baru berpindah dr Beaufort. Bdk ni dengarnya mmg banyak masalah dan dibuang sekolah tapi bodohnya sekolah kami nie main pakai ambik jak bdk2 jahat nie...macam tong sampah bdk2 nakal...

lagi satu bdk yg kena pukul tu habis berdarah kepalanya dan berlubang gak ler samapi kena 3 jahitan . nak dijadikan cerita budak tu bapanya polis...dan dengar2 cerita bdk yg membawa gengnya itu sudah ditahan reman selama 7 hari di penjara...padan muka dia...atas kesalahan mencederakan org dengan sengaja...kawan2 yg dia bawa hari tu pun sebenarnya bekas2 budak sekolah kami jugak....hmmm apa ler nak jadi budak2 zaman sekarang nie...susah guru-guru mau handle....

so moral of the story...sapa2 yg bercadang nak ambik KPLI ker DPLI ker....siap2 diri anda dgn mental n fizikal yg kuat utk menangani semua cabaran menjadi guru....Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di seluruh Malaysia.